Ucapan Alu-aluan dan Penghargaan
Selamat datang ke blog saya. Tuan/puan dijemput untuk membuat ulasan, komen atau memuat turun bahan-bahan yang berkaitan daripada blog ini. Kerjasama dan tindak balas daripada pihak tuan amat diharapkan. Sekian, terima kasih.
Kuala Kangsar, Perak adalah antara sepuluh
(10) daerah yang terdapat di negeri Perak Darul Ridzuan, iaitu sebuah negeri
beraja yang mempunyai pelbagai keistimewaan tersendiri. Jika anda membuat carian “google” berkaitan
daerah Kuala Kangsar ini, anda akan dapati banyak maklumat bertulis, bahan
grafik atau imej menarik yang telah dikongsikan oleh penulis-penulis terdahulu.
Namun, pengisisan dalam ruangan
ini akan memberikan tumpuan secara khusus mengenai kawasan-kawasan atau tempat
rekreasi tambahan yang boleh dilawati dan sekaligus anda boleh menikmati
pengalaman sebenar di tempat-tempat tersebut. Kawasan yang dimaksudkan adalah
sekitar jalan dari Kuala Kangsar menuju ke Kampung Ulu Kenas sehingga membawa
ke Pekan Manong, Kuala Kangsar.
Setiap kawasan atau kampung-kampung Melayu
tersebut sebenarnya mempunyai cerita mitos tersendiri. Anda boleh mengunjungi
kampung-kampung tersebut untuk mengetahui mitos tersebut daripada penduduk
kampung yang peramah dan mudah mesra. Dalam ruangan ini, saya ingin membawa
anda untuk meneroka beberapa tempat menarik dan juga aktiviti-aktiviti yang
boleh dijalankan di tempat-tempat tersebut. Untuk sampai ke destinasi
yang dimaksudkan ini, saya lampirkan di sini beberapa imej yang berkaitan.
Jika anda datang dari arah selatan, anda boleh keluar dari jalan lebuh
raya utara selatan di persimpangan jalan keluar menuju ke Kuala Kangsar seperti
dalam imej di bawah.
Bagi
pelawat yang datang dari arah utara pula, anda boleh keluar ke persimpangan
menuju ke Kuala Kangsar seperti dalam imej di bawah.
Apabila
anda telah menyusuri jalan masuk ke Kuala Kangsar, lebih kurang 500 meter
hingga 1 kilometer anda akan menemui beberapa deretan kedai runcit, kedai
makanan serta bangunan di sekitar kawasan tersebut. Di sini, anda boleh
merasai pelbagai jenis makanan dan masakan orang Perak yang terdapat di kawasan
sekitar. Antara tempat-tempat yang boleh dicadangkan untuk anda singgah adalah
kawasan bersebelahan hentian keretapi Tanah Melayu (KTM) dan sekitar kawasan
lembah Kuala Kangsar. Anda boleh memilih jenis masakan yang disukai
mengikut selera masing-masing. Selain itu, anda boleh membeli-belah
barangan tertentu di sekitar kawasan lembah tersebut.
Di daerah
Kuala Kangsar ini juga terdapat beberapa buah hotel, resort dan rumah
penginapan bagi pelawat-pelawat yang ingin bermalam. Tempat-tempat tersebut terletak berhampiran
dengan kedai-kedai makan dan sebagainya.
Anda perlu mencari tempat penginapan yang benar-benar memenuhi citarasa
kerana tempat tersebut terletak berhampiran antara satu sama lain.
Selain
melancong dan bersiar-siar di Bandar Diraja Kuala Kangsar, anda boleh melakukan
aktiviti lasak sambil menikmati pemandangan dan pengalaman menarik di sekitar
kawasan kampung dalam daerah Kuala Kangsar ini.
Antaranya, pengalaman menunggang motosikal ATV di jalan-jalan pinggir hutan
di Kampung Jeliang, Manong.
Bagi pelawat
yang masih belum pernah sampai ke kawasan ini, anda boleh mengikuti panduan
arah jalan yang akan dinyatakan di bawah. Dari Kuala Kangsar, anda boleh
mengambil jalan menuju ke Manong. Bagi
yang biasa menggunakan jalan ini, sebenarnya jalan ini juga merupakan jalan
lama untuk pergi ke Lumut / Pangkor.
Jarak dari Kuala Kangsar ke destinasi Kampung Jeliang ialah lebih kurang
20 kilometer atau mengambil masa lebih kurang 20 hingga 30 minit.
Setelah
keluar dari Kuala Kangsar menuju ke destinasi, anda akan menemui beberapa kawasan
perkampungan kecil, iaitu Kampung Baharu Jerlun, Kampung Ketior, Kampung Ulu
Kenas, Kampung Lempor, Kampung Jalan Badak dan Kampung Jeliang.
Dalam perjalanan tersebut, anda boleh
berhenti rehat di beberapa kawasan rekreasi pilihan masyarakat setempat.
Antaranya, Lata Ulu Kenas yang agak terkenal sebagai tempat rekreasi, kem bina
insan, dan sebagainya.
Jika anda
ingin terus sampai ke destinasi untuk menunggang motosikal yang dimaksudkan,
anda terus sahaja menuju ke Kampung Jeliang.
Kampung ini terletak selepas Kampung Jalan Badak. Apabila anda tiba di kawasan tersebut, anda
boleh melihat sebuah masjid di sebelah kanan dan Sekolah Kebangsaan Jeliang di
sebelah kiri.
Dari sini anda boleh
menghubungi orang yang boleh membantu anda dan menguruskan perkhidmatan
motosikal ATV tersebut. Di kawasan
sekitar Kampung Jeliang ini juga terdapat beberapa kawasan rekreasi atau lata
untuk mandi manda, berkelah dan sebagainya.
Bagi
sesiapa yang berminat untuk merasai pengalaman ini, anda boleh melayari laman
facebook berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan orang yang boleh
dihubungi ;
https://m.facebook.com/ATV-Manong-741258062560017/?ref=m_notif¬if_t=fbpage_fan_invite&actorid=1568445940