Ucapan Alu-aluan dan Penghargaan

Selamat datang ke blog saya. Tuan/puan dijemput untuk membuat ulasan, komen atau memuat turun bahan-bahan yang berkaitan daripada blog ini. Kerjasama dan tindak balas daripada pihak tuan amat diharapkan. Sekian, terima kasih.


Mohon jasa baik pihak pembangun laman atau video-video di bawah ini agar dapat berkongsi bahan bagi tujuan pendidikan untuk para pelajar. Laman ini disediakan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang elemen dan aktiviti berbahasa Melayu mengikut jenis dan konsep.

Sabtu, 17 Julai 2010

Panduan Menggunakan Carta Binaan Ayat & Ulasan Nilai

Pengguna boleh cuba membina ayat-ayat atau membuat ulasan nilai berpandukan carta yang disediakan dalam blog ini. Binaan ayat boleh dibuat berdasarkan warna yang sama. Ayat dimulakan menggunakan kata nama yang diberi, kemudian disambung dengan menggunakan kata bantu, kata kerja, dan juga huraian atau keterangan. Jika ruangan kata kerja diwarnakan dengan warna biru, maka keterangan berikutnya boleh dipilih pada ruangan berwarna biru juga. Selamat mencuba.

Sabtu, 3 Julai 2010

panduan membina bahan P&P berbantukan komputer (bahan multimedia)

Untuk membina bahan P&P berbantukan komputer ini, beberapa kriteria perlu dipatuhi agar bahan yang dibina dapat memberi manfaat kepada pihak yang terlibat. Antaranya, dari aspek penglihatan, aspek warna dan kecerahan, cahaya latar belakang, bunyi dan pendengaran, pertimbangan reka bentuk, dan susun atur maklumat pada paparan. ( sumber : Interaksi Manusia & Komputer oleh Prof. Dr. Nor Faezah Mohd Yatim, UKM Bangi). Maklumat lanjut akan dilampirkan dalam folder (untuk dimuat turun), INSYA ALLAH akan disediakan kelak.

Isnin, 28 Jun 2010

Panduan & Kaedah untuk Menggalakkan Murid Membuat serta Menghantar Kerja Sekolah

Menurut beberapa sumber yang boleh diteladani, terdapat beberapa kaedah yang boleh dijalankan oleh guru-guru untuk memastikan murid-murid menghantar kerja atau tugasan yang telah diberikan. Antaranya, kita boleh meminta ketua kumpulan mengumpul buku-buku kerja murid mengikut nombor giliran masing-masing. Guru-guru boleh membuat tindakan susulan dengan menyemak nama atau nombor murid yang tidak menghantar buku mereka. Kemudian, guru bolehlah meminta murid tersebut (memberi nasihat atau teguran secara individu) menyiapkan tugasan mereka. Kaedah lain yang boleh diguna pakai adalah memberi ganjaran kepada murid-murid (misalnya, memberikan cop bintang dan sebagainya) untuk menggalakkan mereka membuat kerja sekolah. Pada hujung tahun, guru boleh memberi sagu hati kepada murid-murid yang berjaya mengumpul cop yang paling banyak. Dalam soal ini, guru perlu kreatif untuk memupuk budaya belajar dengan berkesan dalam kalangan murid-murid. Apa pula pandangan anda?