Ucapan Alu-aluan dan Penghargaan

Selamat datang ke blog saya. Tuan/puan dijemput untuk membuat ulasan, komen atau memuat turun bahan-bahan yang berkaitan daripada blog ini. Kerjasama dan tindak balas daripada pihak tuan amat diharapkan. Sekian, terima kasih.


Mohon jasa baik pihak pembangun laman atau video-video di bawah ini agar dapat berkongsi bahan bagi tujuan pendidikan untuk para pelajar. Laman ini disediakan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang elemen dan aktiviti berbahasa Melayu mengikut jenis dan konsep.

Ahad, 10 Jun 2012

Langkah-langkah Awal Menghadapi UPSR


Murid-murid disarankan supaya menyemak dan membuat catatan semula maklumat-maklumat penting yang terdapat dalam buku-buku teks bahasa Melayu Tahun 4, 5, dan 6. Antara maklumat yang perlu diberikan perhatian adalah seperti kosa kata, peribahasa, dan sebagainya yang terdapat buku-buku teks tersebut. Sila senaraikan kesemua maklumat tersebut dalam sebuah buku catatan, kemudian cari maksudnya dalam buku kamus atau melalui sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP, iaitu di alamat http://prpm.dbp.gov.my/. Tulis segala maklumat yang diperolehi dengan kemas dan jadikan buku catatan ini sebagai nota untuk dibaca pada setiap masa. Selain itu, cubalah menjawab soalan-soalan tahun lepas dan soalan-soalan pengukuhan atau latih tubi tambahan untuk menguji keupayaan murid untuk memahami dan mengikuti mata pelajaran bahasa Melayu ini. Selamat berusaha dan semoga berjaya.

Nota Bahasa Melayu #1 / 2012