Ucapan Alu-aluan dan Penghargaan
Selamat datang ke blog saya. Tuan/puan dijemput untuk membuat ulasan, komen atau memuat turun bahan-bahan yang berkaitan daripada blog ini. Kerjasama dan tindak balas daripada pihak tuan amat diharapkan. Sekian, terima kasih.
Khamis, 24 Disember 2015
Selasa, 22 Disember 2015
Kuala Kangsar Destinasi Pelancongan, Nikmati Peluang Menerokai Pengalaman Menunggang ATV di Kampung Jeliang, Manong.
Kuala Kangsar, Perak adalah antara sepuluh (10) daerah yang terdapat di negeri Perak Darul Ridzuan, iaitu sebuah negeri beraja yang mempunyai pelbagai keistimewaan tersendiri. Jika anda membuat carian “google” berkaitan daerah Kuala Kangsar ini, anda akan dapati banyak maklumat bertulis, bahan grafik atau imej menarik yang telah dikongsikan oleh penulis-penulis terdahulu.
Namun, pengisisan dalam ruangan ini akan memberikan tumpuan secara khusus mengenai kawasan-kawasan atau tempat rekreasi tambahan yang boleh dilawati dan sekaligus anda boleh menikmati pengalaman sebenar di tempat-tempat tersebut. Kawasan yang dimaksudkan adalah sekitar jalan dari Kuala Kangsar menuju ke Kampung Ulu Kenas sehingga membawa ke Pekan Manong, Kuala Kangsar.
Setiap kawasan atau kampung-kampung Melayu tersebut sebenarnya mempunyai cerita mitos tersendiri. Anda boleh mengunjungi kampung-kampung tersebut untuk mengetahui mitos tersebut daripada penduduk kampung yang peramah dan mudah mesra. Dalam ruangan ini, saya ingin membawa anda untuk meneroka beberapa tempat menarik dan juga aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan di tempat-tempat tersebut. Untuk sampai ke destinasi yang dimaksudkan ini, saya lampirkan di sini beberapa imej yang berkaitan.
Jika anda datang dari arah selatan, anda boleh keluar dari jalan lebuh raya utara selatan di persimpangan jalan keluar menuju ke Kuala Kangsar seperti dalam imej di bawah.
Bagi pelawat yang datang dari arah utara pula, anda boleh keluar ke persimpangan menuju ke Kuala Kangsar seperti dalam imej di bawah.
Apabila anda telah menyusuri jalan masuk ke Kuala Kangsar, lebih kurang 500 meter hingga 1 kilometer anda akan menemui beberapa deretan kedai runcit, kedai makanan serta bangunan di sekitar kawasan tersebut. Di sini, anda boleh merasai pelbagai jenis makanan dan masakan orang Perak yang terdapat di kawasan sekitar. Antara tempat-tempat yang boleh dicadangkan untuk anda singgah adalah kawasan bersebelahan hentian keretapi Tanah Melayu (KTM) dan sekitar kawasan lembah Kuala Kangsar. Anda boleh memilih jenis masakan yang disukai mengikut selera masing-masing. Selain itu, anda boleh membeli-belah barangan tertentu di sekitar kawasan lembah tersebut.
Di daerah Kuala Kangsar ini juga terdapat beberapa buah hotel, resort dan rumah penginapan bagi pelawat-pelawat yang ingin bermalam. Tempat-tempat tersebut terletak berhampiran dengan kedai-kedai makan dan sebagainya. Anda perlu mencari tempat penginapan yang benar-benar memenuhi citarasa kerana tempat tersebut terletak berhampiran antara satu sama lain.
Selain melancong dan bersiar-siar di Bandar Diraja Kuala Kangsar, anda boleh melakukan aktiviti lasak sambil menikmati pemandangan dan pengalaman menarik di sekitar kawasan kampung dalam daerah Kuala Kangsar ini. Antaranya, pengalaman menunggang motosikal ATV di jalan-jalan pinggir hutan di Kampung Jeliang, Manong.
Bagi pelawat yang masih belum pernah sampai ke kawasan ini, anda boleh mengikuti panduan arah jalan yang akan dinyatakan di bawah. Dari Kuala Kangsar, anda boleh mengambil jalan menuju ke Manong. Bagi yang biasa menggunakan jalan ini, sebenarnya jalan ini juga merupakan jalan lama untuk pergi ke Lumut / Pangkor. Jarak dari Kuala Kangsar ke destinasi Kampung Jeliang ialah lebih kurang 20 kilometer atau mengambil masa lebih kurang 20 hingga 30 minit.
Setelah keluar dari Kuala Kangsar menuju ke destinasi, anda akan menemui beberapa kawasan perkampungan kecil, iaitu Kampung Baharu Jerlun, Kampung Ketior, Kampung Ulu Kenas, Kampung Lempor, Kampung Jalan Badak dan Kampung Jeliang.
Dalam perjalanan tersebut, anda boleh berhenti rehat di beberapa kawasan rekreasi pilihan masyarakat setempat. Antaranya, Lata Ulu Kenas yang agak terkenal sebagai tempat rekreasi, kem bina insan, dan sebagainya.
Jika anda ingin terus sampai ke destinasi untuk menunggang motosikal yang dimaksudkan, anda terus sahaja menuju ke Kampung Jeliang. Kampung ini terletak selepas Kampung Jalan Badak. Apabila anda tiba di kawasan tersebut, anda boleh melihat sebuah masjid di sebelah kanan dan Sekolah Kebangsaan Jeliang di sebelah kiri.
Dari sini anda boleh menghubungi orang yang boleh membantu anda dan menguruskan perkhidmatan motosikal ATV tersebut. Di kawasan sekitar Kampung Jeliang ini juga terdapat beberapa kawasan rekreasi atau lata untuk mandi manda, berkelah dan sebagainya.
Bagi sesiapa yang berminat untuk merasai pengalaman ini, anda boleh melayari laman facebook berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan orang yang boleh dihubungi ;
https://m.facebook.com/ATV-Manong-741258062560017/?ref=m_notif¬if_t=fbpage_fan_invite&actorid=1568445940
Sabtu, 31 Oktober 2015
Langgan:
Catatan (Atom)
Laman Latihan Pengukuhan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SJK
- LAMAN PEMBELAJARAN MAYA FROGVLE
- Laman 'Facebook' Panitia Bahasa Melayu SJK KU ( untuk forum diskusi )
- Sampel Latihan Penjodoh Bilangan Bahasa Melayu
- Sampel Latihan Perumpamaan Bahasa Melayu
- Soalan Pemahaman BI UPSR 2005
- Soalan Pemahaman BI UPSR 2006
- Soalan Pemahaman BI UPSR 2007
- Soalan Pemahaman BI UPSR 2008
- Soalan Pemahaman BI UPSR 2009
- Soalan Pemahaman BI UPSR 2010
- Soalan Pemahaman BI UPSR 2011
- Soalan Pemahaman BM UPSR 2005
- Soalan Pemahaman BM UPSR 2006
- Soalan Pemahaman BM UPSR 2007
- Soalan Pemahaman BM UPSR 2008
- Soalan Pemahaman BM UPSR 2009
- Soalan Pemahaman BM UPSR 2010
- Soalan Pemahaman BM UPSR 2011
Laman Perkongsian Pintar Bahan P&P dan sebagainya
- muat turun Adope_Photoshop_CS3_Lite
- muat turun Borang kaji selidik pemantauan ibu bapa
- muat turun borang pantau murid
- muat turun Free multiple intelligences test
- muat turun Guru Sebagai Pembentuk Insan.ppt
- muat turun jawapan modul soalan latihan topikal berfokus BM UPSR SJK KU
- muat turun Kemahiran berfikir dalam pendidikan.ppt
- muat turun Main dan perkembangan kanak-kanak.ppt
- Muat turun modul kertas penulisan kelas Harapan
- muat turun nota panduan menjawab latihan topikal berfokus BM UPSR SJK KU - set 11
- Muat turun panduan menjawab soalan berkaitan kata tanya
- Muat turun panduan menjawab UPSR-penulisan SJK
- Muat turun panduan_menguasai_tatabahasa (vista)
- Muat turun panduan_menguasai_tatabahasa (window biasa)
- Muat turun panduan_menguasai_tatabahasa-jawapan
- Muat turun panduan_menjawab_kertas_bahasa Melayu UPSR
- muat turun Pengurusan strategik
- muat turun Perancangan strategik
- muat turun Perjuangan insan pendidik.ppt
- muat turun Personal budget planner
- muat turun sampel aktiviti P& P bahasa Melayu 2007
- muat turun sampel aktiviti P&P bahasa Melayu 2008
- muat turun sampel aktiviti P&P bahasa Melayu 2009
- muat turun sampel borang kaji selidik penguasaan murid
- muat turun sampel Borang pelan strategik dan taktikal
- muat turun sampel borang perbandingan dan post mortem
- Muat turun sampel gambar kata kerja
- muat turun sampel Penyediaan_Bahan_P__P_Berbantukan Komputer
- muat turun sampel teks majlis perasmian
- muat turun sampel_aplikasi_multimedia
- muat turun Setup pawn (permainan catur)
- muat turun sistem pendidikan.ppt
- muat turun Slaid kursus teknik P&P bahasa Melayu
- muat turun slide_bina_ayat & ulasan nilai
- muat turun Terma guru cemerlang