Ucapan Alu-aluan dan Penghargaan

Selamat datang ke blog saya. Tuan/puan dijemput untuk membuat ulasan, komen atau memuat turun bahan-bahan yang berkaitan daripada blog ini. Kerjasama dan tindak balas daripada pihak tuan amat diharapkan. Sekian, terima kasih.


Mohon jasa baik pihak pembangun laman atau video-video di bawah ini agar dapat berkongsi bahan bagi tujuan pendidikan untuk para pelajar. Laman ini disediakan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang elemen dan aktiviti berbahasa Melayu mengikut jenis dan konsep.

Isnin, 28 Jun 2010

Panduan & Kaedah untuk Menggalakkan Murid Membuat serta Menghantar Kerja Sekolah

Menurut beberapa sumber yang boleh diteladani, terdapat beberapa kaedah yang boleh dijalankan oleh guru-guru untuk memastikan murid-murid menghantar kerja atau tugasan yang telah diberikan. Antaranya, kita boleh meminta ketua kumpulan mengumpul buku-buku kerja murid mengikut nombor giliran masing-masing. Guru-guru boleh membuat tindakan susulan dengan menyemak nama atau nombor murid yang tidak menghantar buku mereka. Kemudian, guru bolehlah meminta murid tersebut (memberi nasihat atau teguran secara individu) menyiapkan tugasan mereka. Kaedah lain yang boleh diguna pakai adalah memberi ganjaran kepada murid-murid (misalnya, memberikan cop bintang dan sebagainya) untuk menggalakkan mereka membuat kerja sekolah. Pada hujung tahun, guru boleh memberi sagu hati kepada murid-murid yang berjaya mengumpul cop yang paling banyak. Dalam soal ini, guru perlu kreatif untuk memupuk budaya belajar dengan berkesan dalam kalangan murid-murid. Apa pula pandangan anda?