Ucapan Alu-aluan dan Penghargaan

Selamat datang ke blog saya. Tuan/puan dijemput untuk membuat ulasan, komen atau memuat turun bahan-bahan yang berkaitan daripada blog ini. Kerjasama dan tindak balas daripada pihak tuan amat diharapkan. Sekian, terima kasih.


Mohon jasa baik pihak pembangun laman atau video-video di bawah ini agar dapat berkongsi bahan bagi tujuan pendidikan untuk para pelajar. Laman ini disediakan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang elemen dan aktiviti berbahasa Melayu mengikut jenis dan konsep.

Selasa, 24 November 2009

cara-cara mencemerlangkan diri sebagai pendidik

Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa mendahului peredaran masa agar tidak dianggap sebagai orang yang ketinggalan dalam pelbagai aspek. Justeru, kita harus mengambil inisiatif untuk menjadi orang terbilang agar dapat memperkasakan sistem pendidikan negara dan melahirkan generasi yang terbilang. Persoalannya, bagaimanakah cara kita yang boleh kita lakukan untuk mencemerlangkan diri?